WAH !!! Menyelundupkan 460 ekor murai ke negeri Jiran

iklan

Johor Bahru: Seorang lelaki warga tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dipercayai cuba menyeludup keluar 460 burung murai ke negara jiran, dekat Teluk Ramunia, tengah malam tadi.
Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Supt Shaari Arifin berkata, pihaknya menemui lori itu berhenti berdekatan Teluk Ramunia pada 12.30 tengah malam, dipercayai dibawa lelaki berusia 30-an itu, untuk diseludup menerusi jalan laut.
"Ketika pemeriksaan, lelaki itu gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan pemilikan burung murai berkenaan. Polis juga merampas satu unit enjin sangkut dalam lori itu disyaki enjin curi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, jumlah rampasan dianggar bernilai RM48,000, termasuk kenderaan dan enjin.
Shaari berkata lelaki itu dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Pemulìhan Hidupan Liar 2010.

arikel disiarkan .hmetro.com.my

0 Response to "WAH !!! Menyelundupkan 460 ekor murai ke negeri Jiran"

Posting Komentar